Zone Kaki Pancing

UMPAN PANCING

UMPAN PANCING

10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing

  • 2723
     
    Share
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan.
Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki2 pancing, mari tengok ni..10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing

10 – Belalang
Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa.
Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

9 – Biji Kelapa Sawit
Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang direndam 4-5 hari sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada satu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.
Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.


8 – Gewang
Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik, lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya.
Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.

7 – Katak
Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular.
Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.
Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.

6 – Sotong
Merupakan salah satu Umpan terbaik cara tradisional..

5 – Udang
Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal.
Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing . pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai.

4 – Umpun Umpun
Umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpunumpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau dan merah.
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang.

3 – Telur Kerengga
Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan.
Ikan target: Puyu, sepat, haruan.
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

2 – Cengkerik
Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia begitu mudah diperolehi di kedai-kedai akuarium dan murah sahaja harganya.
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.

1 – Cacing
Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.
Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bila bila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.

Petua-Petua Memancing

Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama.


Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.

Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

Doa Ketika Memancing

doa ketika memancing..ramai jugak sahabat2 yg suke memancing..bg yg selalu susah nk dapat ikan tu mulakan pancingan dgn bismillah,dan baca doa ini . InshaAllah, Allah permudahkan rezeki kalian..doa ni dalam surah Al-An'am : 103

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

10 PERKARA YANG MEMBUATKAN PEMANCING BERPUTIH MATA

Berikut adalah 10 perkara yang sentiasa dilupakan oleh pemancing yang akhirnya berkesudahan dengan berputih mata.


1)Setting pada drag. Pastikan drag anda disetkan pada kadar tali utama boleh keluar dengan licin ( smooth) tanpa tersentak-sentak ( jerking ) selepas umpan dilabuhkan. Prosedur ini perlu bagi menjamin tali anda tidak putus jika dilarika...n oleh ikan besar. Malahan jika silap haribulan joran dan peralatan anda juga boleh terbang kedalam laut.

2)Pacakkan joran anda pada tempat yg sesuai dan kuat bagi menahan joran anda dari terjatuh atau dilarikan jika umpan anda dimakan ikan besar. Jika joran anda terjatuh semasa ikan memakan umpan, perkara saperti tali terbelit pada joran, pada batu atau halangan yg lain akan menyebabkan tali mudah putus akibat asakan ikan. Jika anda menyandarkan joran anda pada dinding atau batang kayu semasa memancing pastikan tali anda tidak bergeser dengan dinding atau batang kayu tersebut, gunakan kain atau sesuatu yg lembut sebagai alas tali.

3)Sentiasa kendurkan tali sedikit ketika joran anda didalam keadaan menanti  umpan anda disambar ikan terutamanya jika menggunakan umpan hidup. Prosedur ini dapat mengurangkan kecurigaan ikan ketika melarikan umpan...terutamanya ikan pemangsa saperti siakap, jenahak dan senangin. Juga dapat menjadi  shock absorber kepada tekanan keatas tali utama jika sentakan yg kuat berlaku secara tiba-tiba dari ikan besar.

4)Pastikan ikatan tali utama pada swivel anda kuat dan baik.  Ikatan ini amat kritikal bagi memastikan keseimbangan tali utama dan perambut anda didalam keadaan yang selamat ketika bertarung.  Begitu juga swivel anda boleh berpusing dgn baik dan ‘ snap lock’ nya juga bertahan dengan baik.

5)Ketika memasang tali pada joran periksa setiap inci tali utama yg hendak disambungkan pada swivel. Jika ada tali yg terluka atau patah, potong dan buangkan.
6)Periksa setiap cincin joran terutamanya cincin dihujung joran yang amat kritikal penggunaannya. Buang dan gantikan jika terdapat calar ataupun sudah longgar.

7)Jika memancing dikawasan yg dikenalpasti mempunyai binatang buas saperti monyet, kera dan burung gagak pastikan umpan, makanan , minuman dan beg persendirian anda di ikat dan ditutup dengan kemas...kerana anda boleh berputih mata dengan karenah mereka. Pastikan air umpan hidup anda sentiasa diperbaharui.

8)Pastikan mata kail anda sentiasa tajam, buang dan gantikan yg sudah tumpul atau berkarat. Jika mata kail anda dari jenis stainless steel ianya boleh diasah supaya tajam.

9)Jika memancing diatas bot, setelah sauh bot dijatuhkan, tunggu sehingga bot tetap mengikut haluan arus sebelum melabuhkan umpan.  Cara yang terbaik untuk menurunkan umpan ialah dengan melemparnya jauh dari bot dahulu, kemudian baru ditarik ketepi bot. Ini dapat mencegah tali perambut dari berbelit-belit dengan tali utama. 

10)Jika tali anda tersangkut, jangan gunakan kekuatan joran atau kekili anda untuk memutuskannya, ianya akan merosakkan peralatan anda.   Sebaliknya gunakan kain, tuala atau baju anda yg dibelitkan pada tangan anda untuk menarik dan memutuskan tali...

Teknik Memancing Ikan Air Tawar


Memancing di sungai/kolam dan waduk
Yang perlu disiapkan adalah peralatan memancing yang disebutkan di atas dengan memperhatikan faktor umpan dan setting alat pancing. Umpan yang digunakan di lokasi ini umumnya adalah cacing dan udang, sedangkan untuk setting alat pancing adalah memasang mata kail.

Tehnik Dasar :
Dengan satu mata kail (bisa menggunakan lebih dari satu mata kail)
Jenis dan tehnik dasar/selem
Penuntun Umpan (timah diatas mata kail jarak sekitar 10-15cm menggunakan barel swivel yang berfungsi sebagai stoper timah dan umpan tidak diam/statis tapi dapat bergerak kesan-kemari mengikuti arus air dan lebih menarik perhatian ikan

Masih Tehnik Dasar II :
Jumlah mata kail dalam setiap joran pancing minimal 2 mata kail (lebih banyak lebih bagus), dengan posisi timah dibawah. Jarak mata kail dengan timah kira-kira 10-15cm
Memancing di Kolam/Empang atau Waduk
Peralatan mancing sama seperti di atas dan umpannya tergantung jenis ikan buruan yang akan dipancing. Untuk ikan emas biasanya menggunakan umpan racikan yang dibuat sendiri dan bahan-bahannya juga mudah didapat. Bahannya menggunakan tepung pellet yang berbentuk butiran, daging ikan dan lain-lain. Jika tidak ingin terlalu repot umpan seperti ini bisa diperoleh di toko ikan atau toko pancing. Khusus untuk ikan Nila/Mujair, umpan yang digunakan adalah  lumut hijau bisa juga dengan cacing
Tehnik Melayang :
Untuk setting alat pancing ini, mata kail yang digunakan bisa berjumlah 2 atau lebih dengan posisi pelampung berada diatas mata kail. Ketingian batas pelampung dan timah disesuaikan dengan kedalaman air. Misal untuk kedalaman 1,5 meter, jarak antara pelampung dan timah juga 1,45 meter, dan pelampung dibatasi pakai stopper. Fungsi pelampung adalah membuat umpan melayang didalam air dapat juga untuk mengukur kedalaman air dan usahakan sisakan beberapa cm ( bisa 5-15cm dari dasar tergantung jenis ikan yang dipancing, biasanya jenis ikan besar lebih suka diperairan dalam) diatas dasaran sungai maupun kolam agar umpan dapat bergerak sesuai arus bawah air serta mudah terlihat ikan.
Sekian dulu tips & trik, semoga bermanfaat

TIPS MEMANCING DI MALAM HARI

TIPS MEMANCING DI MALAM HARI


Waktu bukanlah halangan bagi para pemancing untuk melakukan aktivitas memancing. Malam hari pun tidak akan menjadi masalah untuk mengejar ikan buruan. Memancing pada waktu malam hari malah bisa jadi lebuh menjanjikan karena sebagian ikan mencari makan dimalam hari.

Memancing di danau atau waduk pada saat malam hari cukup menyenangkan, namun meski agak susah dilakukan memancing dengan pada saat malam menyenangkan karena jauh dari rasa panas matahari. Selain kerena persaingan lebih kurang karena hampir jarang orang memancing pada malam hari. Pengalaman saya memancing pada saat malam membutuhkan lebih banyak konsentrasi karena suasana yang gelap pada malam hari. Peralatan yang wajib dibawa agar pemancingan sukses yaitu :
  • Chemical Light snap, bentuknya seperti stick kecil yang berisi cairan yang dapat menyala jika dipatahkan dan dapat dipasang di ujung pelampung sehingga kelihatan pada waktu memancing di kegelapan malam. Nyala cairan tersebut dapat mencapai 5 – 7 jam sehingga cukup untuk menemani pemancingan anda di malam hari.
  • Bel kecil alias klinthingan (jawa) , biasanya diletakkan pada ujung joran atau stick yang gunanya sebagai indikator bunyi kalau ikan memakan umpan kita. Cara memancing ini biasanya dikenal dengan cara memancing jegog-an. Umpan pancing yang sudah dikuatkan dengan tepung atau dengan telur dipadatkan serta di beri mata pancing dengan jumlah yang cukup banyak sehingga ikan susah membedakan mana umpan mana pancing. Penggunaan mata pancing yang banyak membuat pemancingan menjadi lebih sukses.
  • Lampu penerang, banyak pemancing menggunakan berbagai macam penerang , lampu teplok, petromaks dan bahkan saya pernah melihat sendiri para pemancing menggunakan genset mini sebagai sumber penerangan lampu di tepi air. Apapun jenis penerangan yang akan dipakai sebaiknya mempertimbangkan ikan yang akan dipancing. Ikan mujair dan nila menyukai terang sehingga penggunaan lampu dengan genset juga akan menarik perhatian mereka. Ikan jenis tombro, dan tawes atau bader kurang menyukai terang dan sebaiknya kita menggunakan cara memancing jegog an.
  • Peralatan kenyamanan diri sendiri seperti jaket, sepatu boot , dan baju hangat mengingat biasanya udara malam hari lebih dingin , dan jika mungkin sebaikya anda membawa juga termos yang berisi kopi panas agar lebih nikmat saat memancing. Dan jangan lupa anda menyiapkan makanan ringan agar terbebas dari kelaparan di malam hari.

Memancing di malam hari memang bisa mengasyikkan jika anda membawa perlengkapan yang lengkap, meskipun lebih repot kemungkinan memancing ikan di malam hari juga menjanjikan.

TEKNIK MEMANCING DI SUNGAI ALIRAN DERAS

TEKNIK MEMANCING DI SUNGAI ALIRAN DERAS.

Memancing memang hal yang mengasyikkan. Namun, ada teknik memancing di sungai aliran deras yang mungkiin bisa anda terapkan agar anda tidak pulang dengan sia-sia. Sebenarnya, teknik mancing di sungai yang beraliran deras jauh berbeda dengan mancing di sungai yang tenang atau danau. Butuh konsentrasi yang tinggi jika kita tidak mau umpan kita hanyut terbawa derasnya air sungai.



Perlu diperhatikan beberapa teknik sebagai berikut:

1. Joran atau Tongkat Pancing dan senar pancing. Pakai joran yang lentur dan senar yang kuat, karena kekuatan ikan akan menjadi dua kali lipat lebih kuat karena dibantu oleh arus sungai.

2. Mata kail dan pemberat. Untuk mata pancing/kail pun jangan terlalu besar, kecuali jika target memancing kita sudah jelas ikan-ikan besar seperti Bebeong dan Hampala, cukup ukuran 1 – 2,5 saja. Gunakan pemberat atau timah agar umpan dapat segera sampai ke dasar sungai sebelum terbawa oleh derasnya air.

3. Tempat Mancing. Pilihlah tempat yang kering dan padat agar anda tidak terpeleset saat menarik ikan. Jika ada tempat berbatu besar dan tinggi, akan lebih baik kita memancing dari atas batu itu agar pandangan kita menjadi lebih luas dan bisa memilih spot memancing yang lebih banyak.

4. Teknik memancing.  (1) Teknik yang paling sering dipakai adalah dengan melemparkan kail jauh ke sungai ke arah berlawanan dengan arus sungai sejauh mungkin dan membiarkan umpan dan pemberat mencapai dasar sungai dengan sendirinya dan membiarkan umpan bergerak sendiri oleh dorongan arus sungai. Pemberat sangat penting agar umpan tidak melayang kemana-mana terbawa arus sungai. (2) Umpan hanya diletakkan di pinggir-pinggir sungai berarus deras. Biasanya ada jenis ikan maupun belut yang suka mencari makan di sisi-sisi sungai. Terkadang juga banyak ikan yang tersembunyi dibawah dahan pohon yang dekat dengan permukaan sungai maupun di sela- sela akar pohon yang masuk ke dalam sisi sungai. Cukup letakan joran dengan ujung joran mendekati air  dan usahakan umpan melayang-layang di sungai, tidak sampai ke dasar sungai.