Showing posts with label TEKNIK. Show all posts
Showing posts with label TEKNIK. Show all posts

Petua-Petua Memancing

Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama.


Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.

Daun Ketapang

Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

10 PERKARA YANG MEMBUATKAN PEMANCING BERPUTIH MATA

Berikut adalah 10 perkara yang sentiasa dilupakan oleh pemancing yang akhirnya berkesudahan dengan berputih mata.


1)Setting pada drag. Pastikan drag anda disetkan pada kadar tali utama boleh keluar dengan licin ( smooth) tanpa tersentak-sentak ( jerking ) selepas umpan dilabuhkan. Prosedur ini perlu bagi menjamin tali anda tidak putus jika dilarika...n oleh ikan besar. Malahan jika silap haribulan joran dan peralatan anda juga boleh terbang kedalam laut.

2)Pacakkan joran anda pada tempat yg sesuai dan kuat bagi menahan joran anda dari terjatuh atau dilarikan jika umpan anda dimakan ikan besar. Jika joran anda terjatuh semasa ikan memakan umpan, perkara saperti tali terbelit pada joran, pada batu atau halangan yg lain akan menyebabkan tali mudah putus akibat asakan ikan. Jika anda menyandarkan joran anda pada dinding atau batang kayu semasa memancing pastikan tali anda tidak bergeser dengan dinding atau batang kayu tersebut, gunakan kain atau sesuatu yg lembut sebagai alas tali.

3)Sentiasa kendurkan tali sedikit ketika joran anda didalam keadaan menanti  umpan anda disambar ikan terutamanya jika menggunakan umpan hidup. Prosedur ini dapat mengurangkan kecurigaan ikan ketika melarikan umpan...terutamanya ikan pemangsa saperti siakap, jenahak dan senangin. Juga dapat menjadi  shock absorber kepada tekanan keatas tali utama jika sentakan yg kuat berlaku secara tiba-tiba dari ikan besar.

4)Pastikan ikatan tali utama pada swivel anda kuat dan baik.  Ikatan ini amat kritikal bagi memastikan keseimbangan tali utama dan perambut anda didalam keadaan yang selamat ketika bertarung.  Begitu juga swivel anda boleh berpusing dgn baik dan ‘ snap lock’ nya juga bertahan dengan baik.

5)Ketika memasang tali pada joran periksa setiap inci tali utama yg hendak disambungkan pada swivel. Jika ada tali yg terluka atau patah, potong dan buangkan.
6)Periksa setiap cincin joran terutamanya cincin dihujung joran yang amat kritikal penggunaannya. Buang dan gantikan jika terdapat calar ataupun sudah longgar.

7)Jika memancing dikawasan yg dikenalpasti mempunyai binatang buas saperti monyet, kera dan burung gagak pastikan umpan, makanan , minuman dan beg persendirian anda di ikat dan ditutup dengan kemas...kerana anda boleh berputih mata dengan karenah mereka. Pastikan air umpan hidup anda sentiasa diperbaharui.

8)Pastikan mata kail anda sentiasa tajam, buang dan gantikan yg sudah tumpul atau berkarat. Jika mata kail anda dari jenis stainless steel ianya boleh diasah supaya tajam.

9)Jika memancing diatas bot, setelah sauh bot dijatuhkan, tunggu sehingga bot tetap mengikut haluan arus sebelum melabuhkan umpan.  Cara yang terbaik untuk menurunkan umpan ialah dengan melemparnya jauh dari bot dahulu, kemudian baru ditarik ketepi bot. Ini dapat mencegah tali perambut dari berbelit-belit dengan tali utama. 

10)Jika tali anda tersangkut, jangan gunakan kekuatan joran atau kekili anda untuk memutuskannya, ianya akan merosakkan peralatan anda.   Sebaliknya gunakan kain, tuala atau baju anda yg dibelitkan pada tangan anda untuk menarik dan memutuskan tali...

Teknik Memancing Ikan Air Tawar


Memancing di sungai/kolam dan waduk
Yang perlu disiapkan adalah peralatan memancing yang disebutkan di atas dengan memperhatikan faktor umpan dan setting alat pancing. Umpan yang digunakan di lokasi ini umumnya adalah cacing dan udang, sedangkan untuk setting alat pancing adalah memasang mata kail.

Tehnik Dasar :
Dengan satu mata kail (bisa menggunakan lebih dari satu mata kail)
Jenis dan tehnik dasar/selem
Penuntun Umpan (timah diatas mata kail jarak sekitar 10-15cm menggunakan barel swivel yang berfungsi sebagai stoper timah dan umpan tidak diam/statis tapi dapat bergerak kesan-kemari mengikuti arus air dan lebih menarik perhatian ikan

Masih Tehnik Dasar II :
Jumlah mata kail dalam setiap joran pancing minimal 2 mata kail (lebih banyak lebih bagus), dengan posisi timah dibawah. Jarak mata kail dengan timah kira-kira 10-15cm
Memancing di Kolam/Empang atau Waduk
Peralatan mancing sama seperti di atas dan umpannya tergantung jenis ikan buruan yang akan dipancing. Untuk ikan emas biasanya menggunakan umpan racikan yang dibuat sendiri dan bahan-bahannya juga mudah didapat. Bahannya menggunakan tepung pellet yang berbentuk butiran, daging ikan dan lain-lain. Jika tidak ingin terlalu repot umpan seperti ini bisa diperoleh di toko ikan atau toko pancing. Khusus untuk ikan Nila/Mujair, umpan yang digunakan adalah  lumut hijau bisa juga dengan cacing
Tehnik Melayang :
Untuk setting alat pancing ini, mata kail yang digunakan bisa berjumlah 2 atau lebih dengan posisi pelampung berada diatas mata kail. Ketingian batas pelampung dan timah disesuaikan dengan kedalaman air. Misal untuk kedalaman 1,5 meter, jarak antara pelampung dan timah juga 1,45 meter, dan pelampung dibatasi pakai stopper. Fungsi pelampung adalah membuat umpan melayang didalam air dapat juga untuk mengukur kedalaman air dan usahakan sisakan beberapa cm ( bisa 5-15cm dari dasar tergantung jenis ikan yang dipancing, biasanya jenis ikan besar lebih suka diperairan dalam) diatas dasaran sungai maupun kolam agar umpan dapat bergerak sesuai arus bawah air serta mudah terlihat ikan.
Sekian dulu tips & trik, semoga bermanfaat

TEKNIK MEMANCING DI SUNGAI ALIRAN DERAS

TEKNIK MEMANCING DI SUNGAI ALIRAN DERAS.

Memancing memang hal yang mengasyikkan. Namun, ada teknik memancing di sungai aliran deras yang mungkiin bisa anda terapkan agar anda tidak pulang dengan sia-sia. Sebenarnya, teknik mancing di sungai yang beraliran deras jauh berbeda dengan mancing di sungai yang tenang atau danau. Butuh konsentrasi yang tinggi jika kita tidak mau umpan kita hanyut terbawa derasnya air sungai.



Perlu diperhatikan beberapa teknik sebagai berikut:

1. Joran atau Tongkat Pancing dan senar pancing. Pakai joran yang lentur dan senar yang kuat, karena kekuatan ikan akan menjadi dua kali lipat lebih kuat karena dibantu oleh arus sungai.

2. Mata kail dan pemberat. Untuk mata pancing/kail pun jangan terlalu besar, kecuali jika target memancing kita sudah jelas ikan-ikan besar seperti Bebeong dan Hampala, cukup ukuran 1 – 2,5 saja. Gunakan pemberat atau timah agar umpan dapat segera sampai ke dasar sungai sebelum terbawa oleh derasnya air.

3. Tempat Mancing. Pilihlah tempat yang kering dan padat agar anda tidak terpeleset saat menarik ikan. Jika ada tempat berbatu besar dan tinggi, akan lebih baik kita memancing dari atas batu itu agar pandangan kita menjadi lebih luas dan bisa memilih spot memancing yang lebih banyak.

4. Teknik memancing.  (1) Teknik yang paling sering dipakai adalah dengan melemparkan kail jauh ke sungai ke arah berlawanan dengan arus sungai sejauh mungkin dan membiarkan umpan dan pemberat mencapai dasar sungai dengan sendirinya dan membiarkan umpan bergerak sendiri oleh dorongan arus sungai. Pemberat sangat penting agar umpan tidak melayang kemana-mana terbawa arus sungai. (2) Umpan hanya diletakkan di pinggir-pinggir sungai berarus deras. Biasanya ada jenis ikan maupun belut yang suka mencari makan di sisi-sisi sungai. Terkadang juga banyak ikan yang tersembunyi dibawah dahan pohon yang dekat dengan permukaan sungai maupun di sela- sela akar pohon yang masuk ke dalam sisi sungai. Cukup letakan joran dengan ujung joran mendekati air  dan usahakan umpan melayang-layang di sungai, tidak sampai ke dasar sungai.

10 Teknik Dasar Memancing

10 Teknik Dasar Memancing

Memancing memang sebuah hobi yang menyenangkan namun banyak dari kita yang belum paham benar teknik-teknik dasar dalam memancing, ya meskipun termasuk dalam hobi akan lebih afdol jika kita mengetahui teknik dasar dalam memancing, berikut 10 teknik dasar memancing :

1. Persiapkan Umpan yang Merangsang




Gunakanlah umpan dengan daya tarik berupa rangsangan rasa, bentuk, warna, bau dan gerakan. umpan dapat berupa umpan asli atau umpan tiruan (lure), umpan tiruan biasanya di pakai pada saat memancing di laut.

2. Melempar atau Melontar Umpan


Kunci sukses acara mancing juga ditentukan oleh teknik lontaran. Lontaran harus jatuh pada titik yang tepat, Pegang joran tegak lurus searah badan, arahkan mata ke titik tempat jatuhnya umpan. Gerakkan joran dengan gerakan siku ke arah depan hingga kenur tegak lurus dengan air, ayunkan umpan ke arah belakang. Bila saat itu anda masih ragu, gerakan joran kembali kedepan. Kembali ayunkan umpan ke belakang dengan menggerakkan joran lurus dengan kepala. Saat umpan terayun ke belakang, lontarkan umpan bersamaan dengan arah balik ayunan umpan ke depan dengan gaya seperti menyabet dengan joran, jangan lupa melepas kenur yang tadi anda tahan dengan jari. Bila gerakan dilakukan secara benar maka anda tak akan kecewa dengan hasil lontaran, berlatihlah terus hingga dirasa telah cukup.

3. Isyarat Kenur

Pada rangkaian glosor atau kenur bebas (free lining) lainnya, gerakan umpan yang dimakan ikan, getarannya langsung disalurkan ke kenur. Setelah umpan dilontarkan, gulung kenur sedikit, taruhlah joran pada cagak joran (rod rest) atur kenur agar menegang namun janganlah terlalu kencang, agak kendor sedikit. Perhatikan kenur yang memasuki air karena di sini getarannya dapat terlihat jelas. Ada 2 kondisi dimana kita harus segera menggentak joran: Tanpa isyarat awal, tiba-tiba saja kenur terangkat dan bergerak menjauh. Kenur yang tegang tadi tiba-tiba menjadi kendor. Keadaan lain yang dapat dideteksi seperti kenur yang bergerak-gerak mengencang. Keadaan lain yang dapat dideteksi seperti kenur yang bergerak-gerak mengencang dan mengendur, gerakan yang amat halus dapat anda rasakan dengan memposisikan jari telunjuk pada kenur, pada keadaan yang ekstrim joran dapat turut tercebur ke air makanya disarankan mengikatkan tali pengaman pada joran bila memancing menggunakan rangkaian ini di danau atau perairan yang dalam lainnya.
4. Menggentak Joran




Agar ikan dapat terkait saat umpan termakan, setelah adanya deteksi gigitan yang diurai di atas tadi. Anda perlu menggentak joran (strike) terutama bila rangkaian yang digunakan berpelampung. Gerak menggentak joran dapat digolongkan sebagai gerakan yang refleks. Untuk itu latihlah gerak refleks anda, sehingga tangan terlatih untuk segera meraih joran. Raih joran dengan memegangnya pada pangkal joran tepat di dudukan ril penggulung, posisi jari telunjuk ada didepan gagang penggulung jari lain berada di belakangnya. Gerakkan joran jauh ke arah belakang kepala secara cepat, usahakan jangan mengendurkan kenur dan baca gerak ikan dan mulailah mengajarnya. Gerak menggentak yang benar adalah melawan arah kenur. Pada lokasi alam, lontaran dapat saja jauh di arah kanan atau kiri dari posisi kita. Bila lontaran arah ke kiri, gentakan adalah ke belakang kanan. Bila lontaran arah ke kanan, gentakannya ke belakang kiri. Pada empang pemancingan lontaran umpan hanya ke arah depan saja, karena sebelah kanan kiri ditempati orang.

5. Menaklukan Ikan




Menaklukkan ikan adalah saat yang paling asyik dan so pasti kritis. Gerakan ikan yang berontak melebihi kekuatan putus kenur (breaking strength) dapat menyebabkan kenur putus. Setel drag pada posisi setengah dari posisi mati (terkunci penuh) atau sesuai perkiraan anda sendiri, jangan biarkan drag dalam keadaan terkunci penuh. Biarkan ikan yang terpancing melarikan kenur. Arahkan joran berlawanan dengan arah lari ikan. Bila ikan merubah arah, segera gulung ril anda, coba menambah tekanan drag. Namun bila tenaga ikan masih besar, kurangi posisi drag dan biarkan ikan kembali melarikan kenur. Ubah segera posisi joran bila ikan berusaha lari ke arah lain. Posisi joran harus selalu berlawanan dengan arah ikan. Jangan panik, lakukan gerakan tarik ulur ini secara sabar terutama untuk ikan yang berukuran besar. Akibat daya lentur joran dan setelah beberapa kali tarik ulur ikan akan menjadi lemah, segera gulung kenur dengan gerakan memompa. Artinya gulung kenur dengan cepat dibarengi dengan menurunkan posisi joran ke arah air hingga sejajar. Angkat joran dengan gerakan siku anda, gulung kembali ril dengan cepat seperti tadi dengan teknik pemompaan. Bila ikan telah dekat, anda harus ekstra hati-hati terhadap gerakan tiba-tiba ikan yang berontak, yang penting posisi drag ril anda jangan sampai terkunci penuh supaya kenur dapat dilarikan ikan bila ternyata masih mempunyai sisa tenaga yang besar. Bila yang anda kenai ternyata ikan yang berukuran super, maka sebenarnya perlawanan adalah saat ikan sudah begitu dekat dengan anda. Karateristik ikan mas yang besar biasanya dari tengah kolam anda dapat menariknya dengan mudah hanya saja terasa berat. Gulung kenur secara hati-hati gunakan perasaan anda menghadapi perlawanannya. jangan berusaha melawannya bila ikan masih berontak , mainkan saja dengan hati-hati untuk mengurangi tenaganya yang besar, bila ikan telah mendongak jangan gulung kenur anda karena akan menyebabkan ikan kembali tenggelam dan melawan. Tetapi tetaplah pertahankan posisi ikan yang telah mendongak tadi, dan untuk mendekatkannya ke tepi kolam, melangkahlah mundur hingga posisi ikan dapat dengan mudah diserok

6. Melepas kail


Berhati-hatilah saat melepaskan kail, kalau menancap pada tangan anda akan sulit untuk melepaskannya. Gunakan lap untuk memegang badan ikan yang licin, biarkan ikan menggelepar pada serokan, bila ikan terdiam pegang ikan dengan tangan kiri, tekan agak keras bagian perut dengan jempol kiri anda. Ambil tang atau alat khusus pelepas kail (Disgorger) apabila tak ada pegang kail yang menancap dengan jari telunjuk dan jempol kanan lalu tarik kail mengikuti arah lengkungannya, bila agak sulit dorong kail terlebih sebelum mencoba membukanya lagi. Bila kail tertelan terlalu dalam dan anda tak membawa alat pelepas kail, carilah ranting pohon yang kira-kira masuk ke mulut ikan, ikutilah arah kenur pancing lalu dorong kailnya hingga terlepas dan keluarkan kail berbarengan dengan ujung ranting yang yang masuk ke mulut ikan.

7. Perhatikan Kondisi air




Perhatikan kekeruhan dan kejernihan air apabila ingin memancing di laut, waktu yang baik untuk memancing ketika air laut berwarna bening, berwarna biru cerah dan matahari bersinar terik. hindari memancing saat suhu laut dingin karna ikan laut sedang tidak berselera makan.

8. Pemilihan waktu memancing yang tepat




Pemilihan waktu memancing yang tidak tepat dengan ikan yang ada incar dapat membuat kegiatan memancing anda gagal total. Dengan memahami kebiasaan ikan, anda akan memperoleh hasil pancingan sesuai keinginan.

9.  Memancing dengan aman




Memancing sangat menyenangkan sekaligus menantang namun jangan lupa soal keamanan diri saat kita memancing. bila anda memancing di sungai atau danau janganlah berpijak pada batu yang licin ataupun tanah yang gembur karna dapat mengakitbatkan anda terjatuh, dan apabila anda memancing di laut gunakanlah perlengkapan keamanan seperti jaket pelampung dan gps agar anda terhindar dari bahaya.
10. Enjoy dan nikmati saat-saat dalam memancing



Kesabaran adalah hal yang paling di uji saat kita memancing, tak selelu umpan kita cepat di sambar ikan. Namun saat-saat menunggu umpan tersebut kita tetap dapat enjoy dan menikmatinya. seperti menikmati suasana alam tempat kita memancing atau dengan cara membaca majalah ataupun bacaan lainnya.F