PANDUAN MEMILIH UMPAN TIRUAN


PANDUAN MEMILIH UMPAN TIRUAN

Dalam memilih umpan tiruan kita harus memberi fokus terhadap keberkesanan untuk ikan pemangsa melakukan strike. Jadi faktor yg dipanggil tindakbalas titik menyerang perlu dipanggil kira. Ikan pemangsa tidak menyerang dengan sewenang2nya. Mereka juga mempunyai strategi dan teknik ketika melakukan serangan. Titik serangan ini dapat membantu serangan yg berkesan. Kajian yg telah dilakukan secara umumnya menyatakan bahawa ketika menyerang dan menghadapi serangan mata mangsa dan mata pemangsa yg dikenali sebagai titik mata memainkan peranan paling utama. Anak mata pemangsa akan menjadi besar ketika didalam ketakutan untuk menghadapi serangan. Anak mata pemangsa pula akan menjadi kecil ketika dalam posisi menyerang. Ini merupakan petanda awal yg membuatkan pemangsa menjadi begitu ghairah untuk menyerang mangsa.

Seperkara lagi apabila didalam ketakutan arah anak mata mangsa yg membesar akan menjurus terus kedepan selari dengan tubuhnya dan ini akan memberikan jangkaan sudut serangan yg akan dilakukan oleh pemangsa apabila mangsa cuba untuk melarikan diri.
Oleh itu jika anda ingin membeli umpan tiruan pastikan dua faktor ini menjadi pilihan utama anda:-

1) Anak mata umpan tiruan biasanya berwarna hitam hendaklah besar bulatannya serta mepunyai lilitan hitam disekelilingnya yg bersifat kontras atau berlawanan dengan warna latarbelakang nya.

2) Kedudukan arah anak mata yg hitam itu hendaklah lebih mengarah ke hadapan seolah2 memandang kehadapan muncung saperti sedia hendak lari. Biasanya mengarah tempat tali dikat.

3) Untuk pemilihan warna sila lihat artikel dibawah.

 
PEMILIHAN WARNA DAN KESANNYA

Pada dasarnya hampir semua jenis ikan tidak berupaya untuk melihat dan membezakan warna. Ikan hanya dapat melihat didalam bentuk perbezaan kontras yg dihasil oleh dua warna yg berbeza. Jika sesuatu warna itu lebih gelap dari yg satu lagi maka akan terbentuklah dua kontras yg berbeza dan ini akan meningkatkan daya tarikan ikan pemangsa. Hasil kajian hanya tiga warna saja benar2 begitu berkesan untuk menarik minat ikan2 pemangsa. Warna tersebut adalah warna hijau terang, kuning terang dan jingga ( oren) terang. Warna2 ini hendaklah dikombinasikan dengan warna2 gelap lain yg dapat membentuk kontras yg baik.Oleh itu mana2 umpan tiruan yg mengandungi kombinasi warna2 ini cukup baik untuk digunakan. Pilihlah warna2 yg terang dan jelas.

PENGARUH KEDALAMAN DAN KEJERNIHAN AIR

Pengaruh kedalaman air juga akan mempengaruhi spektrum warna umpan tiruan. Spektrum warna adalah saperti warna pelangi. Jika dicampur kesemua warna ini ianya akan membentuk hanya satu warana iaitu putih. Jika kita memancarkan satu cahaya kedalam air yang dalam warna ini sedikit demi sedikit hilang dari pandangan berdasarkan kepada kedalamanya. Pada kedalaman 10 kaki, warna putih akan terlebih dahulu hilang, diikuti dgn merah masih kekal, diikuti dgn oren menjadi samar2 dan kuning akan menjadi pudar. Pada kedalaman 75 kaki warna kuning akan kelihatan hijau kebiruan dan warna yg kelihatannya hanya biru, ungu dan lembayung. Bila melebehi 150 kaki semua warna akan hilang kecuali ultra lembayung yg tidak kelihatan dimata kasar. Akan tetapi warna neon yg mengandungi flourescene akan bertambah cerah kelihatan lagi dalam kedalam air.

Semua pengaruh warna juga bergantung kpd kadar kejernihan air. Oleh kerana kejernihan sentiasa berubah maka warna yg sentiasa dpat dikekal didalam situasi ini hanya lah kobinasi warna merah dan jingga (oren) akan tetapi ianya tidak boleh melebehi kedalaman 20 kaki.

Sebagai rujukan dan panduan warna kejenihan air perkara berikut hendaklah diambil kira bila memilih warna umpan tiruan:-

1) Sangat jernih : Warna umpan tiruan hendaklah kombinasi warna putih atau clear dgn warna spektrum yg lain. Semua warna dapat dilihat di kedalaman 10 kaki.

2) Jernih : Biru paling jelas kelihatan dan diikuti dgn putih. Semua warna spektrum yg lain TIDAK akan kelihatan dengan jelas di kedalaman 10 kaki.

3) Warna air hijau: Hijau yang paling jelas kelihatan.

4) Air kelihatan saperti air teh : Jingga (oren) dan hijau paling jelas kelihatan. Merah kurang jelas.

5) Air kuning berlumpur : Merah yg paling jelas kelihatan.

Seperkara lagi kedudukan cahaya matahari juga mempengaruhi spektrum warna. Sebagai panduan umum perkara berikut hendaklah juga diambil kira ketika memilih umpan tiruan sebelum memancing:-

1) Ketika terbit fajar hingga terbit matahari : warna biru, ungu dan hitam adalah yg terbaik

2) Ketika terbit matahari hingga matahari sudah mulai terasa bahang panasnya : warna merah dan jingga ( oren) adalah yg terbaik.

3) Ketika matahari sudah begitu terang dan jelas cahaya ( waktu tengahari) : coklat ( brown ) dan kelabu ( gray) adalah yg terbaik. Sebaik-baiknya carilah warna yg mengandungi flourescent yang memancarkan cahaya.

4) Pada waktu malam semua warna hanya kelihatan saperti bayangan kelabu dan tidak boleh dilihat ikan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori PANDUAN MEMILIH UMPAN TIRUAN | UMPAN | umpan tiruan dengan judul PANDUAN MEMILIH UMPAN TIRUAN. Jika kamu suka, jangan lupa like dan bagikan keteman-temanmu ya... By : Zone Kaki Pancing
Ditulis oleh: syam_sam - Tuesday, 18 February 2014

Belum ada komentar untuk "PANDUAN MEMILIH UMPAN TIRUAN"

Post a Comment